Pameran ASEAN Food Fiesta

Pameran ASEAN Food Fiesta

Gambar oleh Infofoto

 

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha kelmarin telah berkenan berangkat menghadiri Pameran ASEAN Food Fiesta: ‘Rice That Binds Us’ yang diadakan di Hotel Royal Chulan, di sini.

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia di hotel tersebut dijunjung oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Malaysia, Datuk Seri Rohani binti Abdul Karim.

Terdahulu, Baginda Raja Isteri dijunjung untuk menyertai isteri ketua-ketua negara dan kerajaan ASEAN bagi sesi bergambar ramai.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia kemudiannya dijunjung bagi mengadakan lawatan ke ruang-ruang pameran yang menampilkan beberapa jenis makanan tradisional dari negara-negara ASEAN termasuk Negara Brunei Darussalam.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia bergambar ramai bersama isteri ketua-ketua negara ASEAN yang lain.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia bergambar ramai bersama isteri ketua-ketua negara ASEAN yang lain.
Baginda Raja Isteri, Datin Paduka Seri Rosmah serta isteri pemimpin-pemimpin negara ASEAN yang lain ketika di petak pameran makanan Royal Brunei Catering.
Baginda Raja Isteri, Datin Paduka Seri Rosmah serta isteri pemimpin-pemimpin negara ASEAN yang lain ketika di petak pameran makanan Royal Brunei Catering.

pg12_151123_d

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna yang juga turut mengiringi Baginda Raja Isteri pada pameran itu.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna yang juga turut mengiringi Baginda Raja Isteri pada pameran itu.
Persembahan bagi memeriahkan pameran itu.
Persembahan bagi memeriahkan pameran itu.

Selesai melawat ruang-ruang pameran, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan berangkat, bersama isteri ketua-ketua negara dan kerajaan ASEAN yang lain bagi Majlis Santap Tengah Hari dihoskan oleh isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor.

Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, .

Turut mengiringi keberangkatan Baginda Raja Isteri ialah isteri Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua), Datin Hajah Sapiah binti Haji Sabtu; isteri Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Datin Paduka Tan Bee Yong; dan isteri Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Datin Hajah Noryasimah binti Abdullah; serta isteri Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Malaysia.

ARTIKEL YANG SAMA