Pameran Auto MotoringBN dirasmikan

Pameran Auto MotoringBN dirasmikan

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 April – Pameran Auto MotoringBN 2016 anjuran CONFEX dan disokong oleh Jabatan Pengangkutan Darat, Kementerian Perhubungan, membuka tirainya, hari ini, dengan majlis perasmian yang berlangsung di kawasan lapang Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, di sini.

Perasmiannya disempurnakan oleh Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat.

Acara empat hari itu terbahagi kepada dua dan bermula dengan ‘Dealer Showcase Days’ yang berlangsung hari ini dan esok, di mana ia mempamerkan model-model kereta terkini dan terbaru daripada beberapa pengedar kereta di negara ini seperti GHK Motors Sdn Bhd, Setia Motors Sdn Bhd dan NBT Sdn Bhd.

Yang Berhormat Dato Paduka Haji Mustappa menerima cenderahati daripada penganjur.
Yang Berhormat Dato Paduka Haji Mustappa menerima cenderahati daripada penganjur.
Antara kereta yang dipamerkan pada pameran tersebut.
Antara kereta yang dipamerkan pada pameran tersebut.

Antara model-model kereta yang dipamerkan pada acara tersebut termasuk Hyundai All-New Elantra Euro Edition, Jeep Renegade, Mitsubishi Pajero Sports, Perodua Myvi 1.5SE, Toyota Altis dan banyak lagi.

Sementara itu, pada 9 dan 10 April pula akan diadakan ‘Car Clubs Showcase and Family Festival’ yang akan mempamerkan koleksi kenderaan dan motosikal milik persendirian untuk penggemar kereta dan motosikal.

ARTIKEL YANG SAMA