Pameran Celik Sejarah

Pameran Celik Sejarah

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Bahagian Pameran dan Perkhidmatan, Pusat Sejarah Brunei telah meneruskan lagi Program Outreach ‘Pameran Bergerak Ristaan Sejarah’ yang berlangsung di Ruang Legar Utama, Sekolah Rendah Mulaut.

‘Pameran Bergerak Ristaan Sejarah’ pagi tadi itu telah dihadiri oleh pelajar-pelajar dari peringkat Pra ke Tahun 6 secara bergilir-gilir mengikut masa yang ditetapkan bagi setiap kelas.

Pameran yang julung kalinya diadakan itu adalah sebagai salah satu cabang pendekataan bagi memasyarakatkan sejarah Brunei kepada para pelajar, khususnya sekolah rendah di seluruh negara ini sebelum mereka berpindah ke peringkat menengah.Pameran yang membawa tema ‘Generasi Celik Sejarah’ juga diisikan dengan aktiviti kuiz.

Pameran ini juga merupakan pendekatan yang lebih mudah difahami dan diikuti oleh para pelajar sekolah rendah kerana ia mempamerkan kreativiti atau ilustrasi pelukis dalam menggambarkan peristiwa sejarah yang berlaku.

Para pelajar mendengar penerangan mengenai sejarah di ruang pameran Program Outreach ‘Pameran Bergerak Ristaan Sejarah’.
Para pelajar mendengar penerangan mengenai sejarah di ruang pameran Program Outreach ‘Pameran Bergerak Ristaan Sejarah’.

Pameran ini akan diadakan di setiap daerah di sekolah-sekolah yang terpilih secara berperingkat bagi tahun 2016-2017 yang dihasratkan untuk menjadi platform kepada para pelajar sekolah rendah untuk lebih memahami dan meminati mata pelajaran sejarah dengan lebih dekat menerusi bahan-bahan yang dipamerkan.

Selain itu juga, ia bertujuan untuk mengembangkan bakat dan minat para pelajar dalam bidang sejarah di samping memberi kesedaran kepada generasi muda tentang kepentingan mempelajari dan mengetahui sejarah.

ARTIKEL YANG SAMA