Pameran Cinta dan Kenali Rasulullah S.A.W dilanjutkan

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jan – Pameran Cinta dan Kenali Rasulullah S.A.W yang dibukakan kepada orang ramai sejak 25 Disember 2017 lalu akan dilanjutkan sehingga 15 Januari bagi kunjungan orang ramai yang diadakan di hadapan Bilik Sepakat, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Menurut kenyataan yang diberikan daripada pihak penganjur, Avertu Management Services, mengumumkan bahawa bagi orang ramai yang ingin berkunjung ke pameran tersebut perlulah menjaga etika dan dikehendaki membuka kasut sebelum memasuki dewan, sementara bagi pengunjung perempuan mereka perlulah memakai pakaian bersesuaian seperti pakaian labuh, berlengan panjang, bertudung dan stoking dan pengunjung lelaki pula dielakkan memakai seluar pendek atau baju yang mempunyai perkataan serta imej yang tidak sesuai.