Pameran fokus pertahanan global

Pameran fokus pertahanan global

LONDON, 20 Sept (AFP) – Pameran senjata besar-besaran yang mempamerkan teknologi untuk menangani sesuatu bermula dari kumpulan militan hinggalah pergolakan awam dan penggodam telah dirasmikan Selasa lalu di London.

Diadakan setiap dua tahun sekali, pameran Industri Peralatan Keselamatan dan Pertahanan (DSEI) selama empat hari itu telah diperluaskan kepada lima kali lebih besar daripada saiznya yang pertama kali dirasmikan 15 tahun lalu.

Ia adalah acara penting dalam mempromosikan industri senjata Britain, dasar bagi ekonomi yang kerajaan Konservatif David Cameron ingin pastikan untuk dipupuk ketika ia meneruskan pertumbuhan.

Pengarah DSEI, Dunca Reid berkata pameran yang berlangsung pada 15 hingga 18 September itu memfokuskan pada pertahanan global dan komuniti keselamatan.

Sebuah patung yang berpakaian tempur menunjukkan ‘sistem tentera’ yang direka oleh Ultra Electronics, di dalam pusat ExCel di London pada 15 September, semasa pameran Peralatan Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa (DSEI). – AFP
Sebuah patung yang berpakaian tempur menunjukkan ‘sistem tentera’ yang direka oleh Ultra Electronics, di dalam pusat ExCel di London pada 15 September, semasa pameran Peralatan Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa (DSEI). – AFP

Britain merupakan pengeksport pertahanan kedua terbesar di dunia pada 2013, dan komited untuk membelanjakan sekurang-kurangnya dua peratus daripada keluaran dalam negara kasarnya ke atas pertahanan, yang minimum yang direkomenkan oleh NATO.

Pameran itu juga dibahagikan kepada beberapa bahagian berlainan dengan Zon Keselamatan menjadi yang terbesar sekali daripada pameran yang pertama kali, mencerminkan tuntutan ke atas peralatan cegah pengganasan.

Kawasan lain termasuk pertahanan siber, sistem tanpa kawalan manusia – termasuk dron – dan inovasi perubatan tentera, menurut penganjur.

ARTIKEL YANG SAMA