Pameran, galeri Jabatan Muzium-muzium ditutup pada 1, 2 Syawal 1437H

Pameran, galeri Jabatan Muzium-muzium ditutup pada 1, 2 Syawal 1437H

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Julai Jabatan Muzium-muzium, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) memaklumkan bahawa dewan-dewan pameran dan galeri di bawah kendaliannya akan ditutup pada 1 dan 2 Syawal 1437H sempena Hari Raya Aidilfitri pertama dan kedua.

Manakala itu, pada 15 Julai 2016 ia akan ditutup setengah hari sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-70 tahun.

Menurut kenyataan Jabatan Muzium-muzium, dewan-dewan pameran dan galeri yang dimaksudkan itu termasuk Muzium Teknologi Melayu; Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja; Taman Warisan Tasek Merimbun; Galeri Seni, Dermaga Diraja Bandar Seri Begawan; Muzium Maritim; Galeri Sukan, Stadium Negara Hassanal Bolkiah dan Taman Arkeologi Kota Batu.

Dalam pada itu, waktu lawatan bagi muzium-muzium berkenaan adalah setiap Ahad hingga Khamis dari 9 pagi hingga 5 petang dan Jumaat dari 9 pagi hingga 11:30 pagi dan disambung dari 2 petang hingga 5 petang.

ARTIKEL YANG SAMA