Pameran hartanah Australia di Radisson

Pameran hartanah Australia di Radisson

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Okt – Syarikat hartanah berpengalaman di Australia, Kozin Real Estate Sdn Bhd (Kozin) dengan kerjasama BC Lifestyle Properties menawarkan hartanah kediaman dan pangsapuri di Australia di sub bandar terbaik, Perth dan Melbourne dalam pameran hartanah di Hotel Radisson pada 17-18 Oktober ini.

Pameran yang bermula pada jam 10 pagi hingga 6 petang itu menawarkan rekaan kediaman menarik daripada lokasi terpilih dengan harga-harga bermula AUD$329,000.

Hartanah di Perth yang dipamerkan terletak di sub bandar Victoria Park, Ferndale, Piara Waters, Canning Vale, Southern River dan Cannington. Manakala di Melbourne pula, hartanah yang ditampilkan terletak di Sanctuary Lakes dan Blackburn.

Hartanah di Armagh Residence, Victoria Park bakal siap pada Mac 2016 merangkumi unit butik pangsapuri satu dan dua bilik. Ia terletak di tenggara bandar raya Perth yang popular dalam kalangan penduduk setempat.

Parkview di Ferndale adalah enklaf penempatan baru yang memperkenalkan 46 kediaman kontemporari bagi kediaman-kediaman setingkat atau dua tingkat.

Ilustrasi kediaman di Peregrine Estate of Piara Waters.
Ilustrasi kediaman di Peregrine Estate of Piara Waters.
Armagh Residence di Victoria Park.
Armagh Residence di Victoria Park.

Peregrine Estate of Piara Waters pula sub bandar yang pesat membangun, perjalanan 25 minit ke selatan Perth CBD. Peregrine Estate akan memperkenalkan kediaman-kediaman kontemporari tiga, empat dan lima bilik.

Park Avenue of Southern River akan memperkenalkan kediaman peringkat satu atau dua sama ada dua, tiga atau empat bilik tidur dengan dua bilik mandi atau dua garaj kereta. Manakala Southern Avenue adalah sub bandar bersebelahan kepada Canning Vale yang menikmati permintaan meningkat bagi kediaman-kediaman sekitar kawasan itu.

Lot-lot banglo terhad untuk membangunkan rumah-rumah banglo.

Penduduk negara ini yang ingin membuat pelaburan di Australia dialu-alukan ke pameran hartanah itu. Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi Peter Ling di talian +6738680790 (Brunei)/ +60128866018 (Malaysia). E-mel di peterling@kozinre.com atau layari www.kozinre.com.

ARTIKEL YANG SAMA