Pameran Hi-Tech China ke-18 bermula

Pameran Hi-Tech China ke-18 bermula

SHENZHEN, China, 17 Nov – Pameran Hi-Tech China (CHTF), acara teknologi yang terkemuka di China, bermula semalam di Pusat Pameran & Konvensyen Shenzhen, China.

Pesta tahunan terunggul ini selama enam hari akan menghimpunkan bersama-sama beribu-ribu inovasi teknologi yang paling hangat dan terkini, dengan teknologi VR/AR yang baru muncul sebagai penarik perhatian yang terbesar.

Tahun 2016 menyaksikan sejumlah besar produk dan aplikasi VR membanjiri pasaran, oleh itu CHTF2016 menawarkan satu ruang pengalaman VR/AR yang khas untuk pelawat bagi menikmati pengalaman secara langsung dengan alat-alat yang berinovatif itu.

Beberapa syarikat teknologi terkemuka telah membawa produk VR/AR terbaharu mereka untuk acara tersebut. Sebagai contoh, sebuah Mesin VR Masa yang direka oleh Wuhan Zhongfeixushi boleh mensimulasikan pergerakan penerbangan dengan platform berputar 360 darjah untuk mewujudkan satu pengalaman penerbangan yang sebenarnya untuk pengguna.

Orang ramai mengunjungi Pameran Hi-Tech China (CHTF) ke-18 di Shenzhen, selatan China, Wilayah Guangdong, kelmarin. - Xinhua
Orang ramai mengunjungi Pameran Hi-Tech China (CHTF) ke-18 di Shenzhen, selatan China, Wilayah Guangdong, kelmarin. – Xinhua

IDEALENS Technologies telah membawa generasi kedua mereka iaitu peranti VR semua dalam satu K2 ke CHTF2016. Dengan memiliki lebih 220 paten, peranti yang berkuasa ini mempunyai satu sudut pandangan 110º yang luas yang menjaminkan satu pengalaman pemerhatian imersif yang sebenar.

Beijing Shenlinqijing Culture Inc., sebuah peneraju yang berinovatif di dalam industri VR China, akan mewujudkan sebuah taman tema VR bagi pelawat untuk mengambil bahagian di dalam sebuah ‘Permainan Simulasi Pergerakan Keseluruhan’ yang benar-benar berbeza daripada jenis tradisional itu.

Apabila menyertai permainan di taman tema VR itu, pemain-pemain dikehendaki melakukan aksi badan seperti berbaring, melompat, memanjat atau pergerakan lain. – Bernama