Pameran Hijab Antarabangsa kembali lagi

Pameran Hijab Antarabangsa kembali lagi

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Mei – Pameran Hijab Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIHF 2016) kembali lagi ke Brunei buat kali kedua pada 2 hingga 5 Jun depan setelah mencatat kejayaan pada tahun lepas, dengan jumlah kutipan jualan seramai 150 pengusaha sebanyak RM10 juta atau B$3.3juta.

Bercakap pada sidang media di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, hari ini, Pengarah Urusan M&O Event & Lifestyle Management, Mona Din berkata, berbeza daripada tahun lalu, kemasukan ke KLIHF 2016 adalah percuma.

Kali ini, sebanyak 200 pengusaha atau jenama akan mengambil bahagian dengan 20 daripadanya adalah dari Indonesia.

Menurut Mona, KLIHF 2016 juga memberi ruang kepada rakyat Brunei yang ingin menjadi pengedar dan menjual hampir kebanyakan jenama-jenama terkenal di Malaysia.

Jadi bagi jenama-jenama yang ingin memasuki pasaran Brunei, beliau mengesyorkan menggunakan KLIHF untuk tujuan meluaskan rangkaian perniagaan samada secara B2B dan juga B2C.

Mona Din dan Fauziah Din dari M&O Event & Lifestyle Management ketika mengadakan Sidang Media di ICC, Berakas.
Mona Din dan Fauziah Din dari M&O Event & Lifestyle Management ketika mengadakan Sidang Media di ICC, Berakas.

Menurut beliau lagi, pameran tersbut juga akan disertai oleh peserta Thailand dan Arab Saudi.

Mona Din seterusnya berkata, ini kerana agama dan gaya hidup yang hampir sama di Brunei, Malaysia dan Indonesia memudahkan mereka menerima produk-produk Malaysia.

“Brunei memang merupakan pembeli dan pengguna utama barang-barang keluaran Malaysia.

“Ia turut membantu peniaga kecil-kecil untuk berkembang dan akan dapat menghasilkan produksi mereka sendiri dan produk Malaysia pun juga telah menjadi pilihan mereka bertumpu kepada fesyen dari luar, terutama Malaysia dan Indonesia,” ujar Mona.

Sebagai acara sampingan, KLIHF 2016 yang bakal diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas (ICC) akan diserikan dengan pelbagai acara pentas seperti Hijab Styling, ceramah perniagaan, ceramah produk, dan Sesi Bertemu Peminat bersama personaliti-personaliti terkenal.

Pengurus acara Brunei bagi pameran tersebut adalah Starz Dmedia Management.

ARTIKEL YANG SAMA