Pameran Hobi Jalanan Otaku Corner 31 Mei ini

Pameran Hobi Jalanan Otaku Corner 31 Mei ini

Oleh A.Shazy

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Mei – Otaku Corner buat pertama kalinya akan menganjurkan Pameran Hobi Jalanan pada 31 Mei ini di kedai Syarikat YESZONE, di Aiport Mall.

Pameran ini merupakan sebahagian daripada aktiviti ulang tahun ke-3 Syarikat YESZONE dan Kumpulan Peminat Nendroid dan Figma di negara ini.

Pada acara itu nanti, para peminat dan pengumpul daripada Kumpulan Peminat Nendroid dan Figma akan menampilkan pelbagai jenis koleksi patung Anime asli, seperti Nendroid, Figma, adiwira dan sebagainya. Selain itu, pertandingan fotografi Anime dijalankan pada masa ini.

Pameran berkenaan akan dibuka untuk kunjungan orang ramai bermula pukul 10:00 pagi hingga 6:00 petang.

ARTIKEL YANG SAMA