Pameran Industri Kreatif ketengah pelbagai produk

Pameran Industri Kreatif ketengah pelbagai produk

Oleh Mohamad Asyramisyanie

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Dis – Pameran Industri Kreatif Indonesia 2015 yang mengetengahkan pelbagai produk dan hasil industri kreatif yang didatangkan khas dari Indonesia dirasmikan di The Mall, Gadong, hari ini. Perasmian pameran yang akan berlangsung sehingga 20 Disember itu telah disempurnakan oleh Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Paduka Haji Ali bin Haji Apong selaku tetamu kehormat majlis. Duta Besar Republik Indonesia ke Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nurul Qomar dalam ucapan alu-aluannya berkata, pameran ini berorientasikan kerjasama perniagaan ke perniagaan dan melaluinya juga akan membuka peluang kepada para peniaga mempamerkan produk yang terpilih dan khas bagi pengunjung ke pameran itu.

Sebanyak 16 buah pondok jualan disediakan pada pameran itu yang mengetengahkan produk-produk seperti pakaian Muslim, makanan, herba, kelengkapan, kraf tangan, batu permata, produk kulit dan perabot.

Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan semasa meninjau ke pameran berkenaan.
Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan semasa meninjau ke pameran berkenaan.
Tetamu kehormat ketika merasmikan pameran tersebut.
Tetamu kehormat ketika merasmikan pameran tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA