Pameran kasut London buka tirai 13 Jun

Pameran kasut London buka tirai 13 Jun

LONDON, 11 Jun (Reuters) – Daripada kasut kaca Cinderella kepada kasut platform wanita warna ungu yang menyebabkan supermodel Naomi Campbell terjatuh di pentas peragaan, lebih 250 pasang kasut yang dipamerkan di pameran London bermula 13 Jun ini membutirkan keseronokan dan kesakitan kasut.

Muzium V&A sedang memaparkan kasut bersejarah dan kontemporari dalam satu koleksi yang dikatakannya menjangkau seluruh dunia dan lebih 2,000 tahun daripada sandal Mesir yang dihiasi dengan daun emas kepada kasut futuristik yang dihasilkan dengan percetakan 3D.

“Kasut: Keseronokan dan Kesakitan” juga mempamerkan kasut tumit tinggi dan kasut leper yang dipakai oleh orang kenamaan seperti Marilyn Monroe, Lady Gaga serta Ratu Victoria dan kasut balet yang dipakai oleh Moira Shearer dalam filem “The Red Shoes” pada 1948.

“Kasut mempunyai budaya penting dalam sejarah dan dalam hampir kesemua budaya disebabkan mereka melambangkan statis pemakai,” kata kurator pameran Helen Persson.

“Lebih tidak selesa kasut, lebih tinggi status pemakai, lebih kaya atau hasrat yang besar untuk tergolong dalam kumpulan eksklusif tersebut.”

Antara barisan kasut yang dipamerkan ketika sesi rakaman gambar di Muzium Victoria dan Albert di bahagian tengah London. – AFP
Antara barisan kasut yang dipamerkan ketika sesi rakaman gambar di Muzium Victoria dan Albert di bahagian tengah London. – AFP

Pameran meninjau tiga tema – transformasi, atau aspek mitos kasut dalam budaya rakyat; status yang melihat pada bagaimana kasut yang tidak praktikal yang dipakai untuk melambangkan gaya hidup mewah dan tarikan yang meninjau konsep kasut sebagai satu lambang kuasa seksual atau keseronokan.

Ciptaan oleh pereka Jimmy Choo, Manolo Blahnik dan Christian Laboutin sedang dipamerkan. Begitu juga dengan kasut “Super Elevated Gillie” ciptaan Vivienne Westwood di mana Campbell terjatuh ketika memakainya pada satu pertunjukan fesyen pada 1993.

“Kasut: Keseronokan dan Kesakitan,” yang memaparkan kasut untuk wanita dan lelaki, dibuka pada 13 Jun dan berlangsung sehingga Januari.