Pameran kebudayaan dirasmi

Pameran kebudayaan dirasmi

Oleh Yusrin Junaidi

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Okt – Dalam memeriahkan lagi Sambutan Ulang Tahun Kebangsaan Indonesia Ke-70 tahun, Kedutaan Besar Republik Indonesia menganjurkan ‘Indonesia Showcase 2015’ yang berlangsung di Kompleks Membeli-belah Times Square, Berakas, bermula hari ini hingga 1 November.

Perasmian pameran berkenaan telah disempurnakan oleh Ahli Lembaga Dewan Pertimbangan Presiden Republik Indonesia, Dr. (HC) Ahmad Hasyim Muzadi.

Turut hadir ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nurul Qomar, duta-duta besar dan pesuruhjaya tinggi asing ke Negara Brunei Darussalam serta para jemputan khas.

Pameran ini merupakan hasil daripada hubungan dua hala di antara kedua-dua negara yang menjadi semakin rapat dan kukuh dalam semua bidang dari semasa ke semasa.

Dr. (HC) Ahmad Hasyim Muzadi dan Puan Yang Terutama Nurul Qomar ketika mengunjungi petak-petak pameran Indonesia Showcase 2015.
Dr. (HC) Ahmad Hasyim Muzadi dan Puan Yang Terutama Nurul Qomar ketika mengunjungi petak-petak pameran Indonesia Showcase 2015.
Dr. (HC) Ahmad Hasyim Muzadi ketika merasmikan Indonesia Showcase 2015.
Dr. (HC) Ahmad Hasyim Muzadi ketika merasmikan Indonesia Showcase 2015.
Puan Yang Terutama Nurul Qomar ketika menyampaikan ucapan.
Puan Yang Terutama Nurul Qomar ketika menyampaikan ucapan.

Sebanyak 27 buah petak disediakan dalam pameran berkenaan yang mengetengahkan pendidikan, budaya dan kulinari Indonesia.

Petak pendidikan mempamerkan institusi pendidikan terkenal di Indonesia dan dunia bagi rakyat Brunei yang berminat untuk melanjutkan pengajian mereka ke tahap lebih tinggi.

Orang ramai juga berpeluang untuk menyaksikan pameran seni lukisan hasil karya pelukis terkenal Indonesia dan berpeluang untuk menyertai bengkel Batik Indonesia serta merasa produk makanan Indonesia.

Sepanjang pameran itu juga akan diadakan pertandingan memasak masakan Indonesia dan juga demo masakan oleh cef terkenal dari Indonesia.

ARTIKEL YANG SAMA