Pameran kelab tarik minat penuntut baru

Pameran kelab tarik minat penuntut baru

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Mac – Dalam usaha menarik mahasiswa dan mahasiswi baru mengikuti mana-mana kelab yang mereka minat, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Brunei Darussalam (UBD) hari ini mengadakan Pameran Persatuan Mahasiswa dan Mahasiswi UBD (PMUBD Showcase 2016) di Pusat Pelajar UBD.

Hadir merasmikan pameran itu ialah Penolong Pemangku Naib Canselor UBD, Dayang Rubiah binti Haji Yacub. Hadir sama ialah pegawai dan kakitangan UBD serta jemputan khas.

Pameran ini mempamerkan kelab-kelab dan badan pelajar yang bernaung di bawah PMUBD dan melaluinya, mempromosikan aktiviti-aktiviti kelab-kelab yang aktif dalam bidang akademik dan bukan akademik.

Sebanyak 30 kelab menyertai pameran itu termasuklah The Writers Club, Quranic Generation Club, Kelab Dzikir, Dodgeball Club, UBD Kendo Club, Ping Pong Club dan banyak lagi.

Dayang Rubiah ketika melawat ke petak-petak pameran.
Dayang Rubiah ketika melawat ke petak-petak pameran.
Antara pameran yang terdapat di Pameran Persatuan Mahasiswa dan Mahasiswi UBD (PMUBD Showcase 2016) di Pusat Pelajar UBD.
Antara pameran yang terdapat di Pameran Persatuan Mahasiswa dan Mahasiswi UBD (PMUBD Showcase 2016) di Pusat Pelajar UBD.

Pameran selama tiga hari sehingga 9 Mac ini bertujuan menarik seberapa ramai pelajar menyertai kelab-kelab yang mereka minati. Bagi tujuan itu, setiap kelab mempamerkan keistimewaan masing-masing melalui persembahan dan aktiviti yang dipamerkan.

Selain itu, pameran juga bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara kelab-kelab dan badan pelajar serta berkongsi pengalaman sesama mereka.

ARTIKEL YANG SAMA