Pameran kenangan dapat sambutan

Pameran kenangan dapat sambutan

Oleh Sal Ali Hashim & Marul Dini

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Nov – Selepas pelancarannya semalam, Pameran Persahabatan Stories Through Memories: 70 Years of Friendships yang diadakan di Dewan Serbaguna, Dewan Bahasa dan Pustaka telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan hampir 200 orang pengunjung termasuk para pelajar datang menyaksikannya.

Pameran ini telah menerima maklum balas yang positif daripada orang ramai yang rata-ratanya melahirkan penghargaan kerana mempunyai peluang untuk menyaksikan pameran berkenaan dan mempelajari serta membayangkan kejadian-kejadian yang disampaikan oleh informan-informan.

Ia akan dibuka sehingga 22 November ini dari pukul 9 pagi hingga 4:30 petang kecuali hari Jumaat yang dibuka dari 9 pagi hingga 11:30 pagi dan akan disambung dari 2:15 petang hingga 5 petang.

Murid-murid Sekolah Ugama Penapar beria-ia untuk menanyakan soalan.
Murid-murid Sekolah Ugama Penapar beria-ia untuk menanyakan soalan.

ARTIKEL YANG SAMA