Pameran kereta klasik meriah

Pameran kereta klasik meriah

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Nov – Dalam memeriahkan Perlumbaan Go-Kart Bandar Seri Begawan (BSB) sempena Sambutan Memperingati Hari Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei Kepada Bandar Seri Begawan ke-45, bagi tahun 2015, pelbagai aktiviti turut dijalankan di sekitar kawasan ibu negara, termasuk pameran kereta-kereta klasik di kawasan lapang Dermaga Diraja.

Pameran kelolaan Persatuan Kenderaan Bermotor Nostalgik Brunei itu menyaksikan pelbagai jenama kereta 70an hingga 90an termasuk Nissan, Toyota dan Volkswagen.

Ia antara lain bertujuan untuk menyatukan semua pemilik kereta lama, klasik dan vintaj di bawah satu persatuan atau pertubuhan selain mengeratkan silaturahim antara pemilik dan mana-mana kumpulan yang ada di negara ini.

Pemilik kereta klasik bersama kereta mereka yang dipamerkan dikawasan Dermaga Diraja, Bandar Seri Begawan.
Pemilik kereta klasik bersama kereta mereka yang dipamerkan dikawasan Dermaga Diraja, Bandar Seri Begawan.

pg09_151123_a

Selain itu, ia juga dihasratkan untuk memberikan peluang kepada para pemilik kereta lama bertukar-tukar fikiran dan pandangan di samping berkongsi pengalaman antara sesama mereka yang mempunyai minat sama. Semasa pameran sehari itu, para pengunjung berpeluang untuk mengambil gambar dan berinteraksi bersama pemilik kereta.

Dalam pada itu, pelbagai jenis jualan makanan dan minuman turut diadakan.

ARTIKEL YANG SAMA