Pameran kerjaya di SM Sayyidina Husain

Pameran kerjaya di SM Sayyidina Husain

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Ogos – Unit Kaunseling dan Kerjaya, Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan meneruskan Program Hala Tuju Selepas ‘O’ Level bagi siri terakhirnya tahun ini, yang berlangsung di Sekolah Menengah Sayyidina Husain, Jerudong, di sini, hari ini.

Program yang bermula sejak bulan Februari lalu itu telah pun diadakan ke-24 buah sekolah termasuk Sekolah Menengah Sayyidina Husain untuk memberikan peluang kepada para pelajar sekolah terutamanya yang bakal menduduki peperiksaan ‘O’ Level untuk menentukan hala tuju mereka seterusnya selepas mendapatkan keputusan ‘O’ Level mereka.

Ini bukan sahaja tertumpu kepada para pelajar malah ibu bapa pelajar juga dijemput sama bagi menghadiri siri pameran dan taklimat kerjaya yang diadakan itu.

Pelajar melihat lebih dekat lagi peralatan tentera yang dipamerkan.
Pelajar melihat lebih dekat lagi peralatan tentera yang dipamerkan.
Para pelajar mengenali jenis-jenis pekerjaan yang terdapat pada pameran tersebut.
Para pelajar mengenali jenis-jenis pekerjaan yang terdapat pada pameran tersebut.

Sebanyak 22 petak pameran kerjaya dan pendidikan yang terdiri daripada jabatan-jabatan kerajaan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kementerian Kesihatan serta beberapa agensi yang lain.

Ini termasuk institusi pendidikan tinggi swasta yang terdiri dari Kemuda, Micronet, Koleh IGS dan Cosmopolitan.

Beberapa siri taklimat juga disampaikan oleh Institut Pendidikan Teknikal (IBTE), Politeknik dan banyak lagi.

ARTIKEL YANG SAMA