Pameran koleksi permainan dapat sambutan

Pameran koleksi permainan dapat sambutan

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 15 Dis – Pameran yang mengetengahkan lebih 1,800 koleksi permainan mini ‘Star Wars Troopers Parade’ termasuk ‘Imperial Forces’ berserta koleksi permainan LEGO terbesar dari I LUG BN KB di Pusat Membeli-Belah KBSentral selama lapan hari, hingga kelmarin telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.

Dalam pameran yang bermula 7 Disember lalu itu, orang ramai berpeluang menyertai permainan Star Wars Battlepod dengan membeli token yang boleh didapati dari kaunter tiket.

Di samping itu, 200 orang kanak-kanak juga telah menyertai pertandingan mewarna watak-watak kegemaran Star Wars mereka, dengan sepuluh hasil lukisan warna terbaik dipilih setiap hari dan membawa balik LEGO Edisi Mini Simpson.

Manakala itu, Dayang Nurul Amal Nabilah, 19, telah memenangi Set LEGO Star Wars berharga $100 daripada Syarikat Nanyang Photo Trading apabila berjaya meneka jumlah LEGO yang terdapat pada LEGO Star Wars itu.

Pemenang pertandingan Tamiya menerima hadiah masing-masing.
Pemenang pertandingan Tamiya menerima hadiah masing-masing.
Pemenang ‘Teka Lego’ menerima hadiah.
Pemenang ‘Teka Lego’ menerima hadiah.

Bagi pertandingan Instagram Photo Booth, Dayang Duratul Amni binti Haji Durhan memenangi dua tiket menonton wayang di Cineplex Sdn Bhd dan Khriztian Mendoza memenangi set koleksi LEGO yang disampaikan oleh Pengurus Pemasaran KBSentral, Awang Sim Poh Fatt.

Manakala itu, Pertandingan RC Car Tamiya Super Speed turut diadakan yang dimenangi oleh Awang Hussein bin Damit dan diberi gelaran Mini 4WD paling pantas sekali gus memenangi pakej penginapan satu malam di Garden Sentral Hotel

Di samping itu, para peminat filem Star Wars juga berpeluang menyaksikan penampilan Cosplay salah satu karakter dari filem berkenaan pada 21 Disember ini sempena tayangan perdana filem berkenaan pada hari itu.

ARTIKEL YANG SAMA