Pameran minda di Petrosains, KLCC

Pameran minda di Petrosains, KLCC

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Bolehkah anda mempercayai deria anda? Adakah anda percaya apa yang dilhat oleh mata anda? Adalah fikiran anda dibayangi muslihat?

Ini hanya beberapa soalan yang tercetus oleh ‘Illusion: Nothing Is As It Seems’ iaitu pameran mempengaruhi minda sehingga melahirkan halusinasi untuk ‘memperdayakan” rakyat Malaysia untuk tempoh yang terhad.   Buat kali pertama di Asia, pameran mengalu-alukan pelawat bermula hari ini sehingga Januari 2016 di Petrosains, KLCC.

Pameran ini adalah satu pencerapan persepsi bagi menerokai ke dalam minda manusia, menggabungkan sains dan seni untuk memperdayakan pengunjung melalui ilusi optik, perseptual dan audio.

Ia menunjukkan bahawa apa yang kita lihat sering kali sangat berbeza daripada realiti apa yang kita perhatikan dengan secara mainan membenarkan pengunjung mengalami pengalaman konsep yang digunakan oleh ahli silap mata dan diterokai oleh ahli psikologi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Petrosains, Tengku Nasariah Tengku Syed Ibrahim, pameran ini bertujuan untuk memupuk warg saintifik antara negara terutama generasi masa depan Malaysia.

Eamon Hickey (empat kiri) dan para hadirin mendengar taklimat ‘The Hurwitz Singularity’ di Petrosains, KLCC semalam. – Bernama
Eamon Hickey (empat kiri) dan para hadirin mendengar taklimat ‘The Hurwitz Singularity’ di Petrosains, KLCC semalam. – Bernama

“Ilusi sebenarnya adalah satu lagi platform untuk kita menjadikan sains satu topik yang menarik dan memberi impak.

“Oleh kerana seni sentiasa memaparkan keupayaan untuk membangkitkan dan memupuk keperihatinan, dan sekarang dengan elemen muslihat psikologi, ilusi kemudian berfungsi sebagai sambungan untuk menarik dan membangkitkan minat penonton kepada sains,” katanya kepada Bernama pada perasmian pameran itu di sini, hari ini.

Pameran itu dirasmikan oleh Duta Ireland ke Malaysia, Eamon Hickey dan akan menampilkan lebih 15 peralatan yang akan melencongkan deria dan membingungkan pemikiran secara logik.

Pameran hasil kurator ahli psikologi dan penulis Richard Wiseman dan penyelidikan oleh ahli silap mata dan escapologi Paul Gleeson dan dicipta oleh Galeri Sains di Trinity College, Dublin. – Bernama