Pameran monumen India di Muzium Teknologi Melayu

Pameran monumen India di Muzium Teknologi Melayu

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Dis – Pameran tugu bersejarah India, India’s History Through her Monuments kini diadakan di Muzium Teknologi Melayu di mana ia akan berlangsung sehingga 14 Disember depan.

Pelancaran pameran berkenaan, hari ini, telah disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof selaku tetamu kehormat majlis bersama Pesuruhjaya Tinggi India ke Brunei Darussalam, Nagma Mohamed Mallick.

Semasa menyampaikan ucapan di majlis pelancaran itu, Nagma Mohamed Mallick berkata, India mempunyai pelbagai jenis monumen, ia bertarikh dari abad yang berbeza dan ada beberapanya dijumpai berhampiran dan mempunyai jarak umur 500 tahun.

“Kami ingin memberikan gambaran sejarah kehidupan melalui monumen-monumen kepada peminat sejarah dan seni lukisan di Brunei Darussalam.”

Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi dan Nagma Mohamed Mallick melancarkan pameran monumen India di Muzium Teknologi Melayu, semalam.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi dan Nagma Mohamed Mallick melancarkan pameran monumen India di Muzium Teknologi Melayu, semalam.

Katanya lagi, tugu yang dipamerkan menceritakan perjalanan sejarah perubahan reka bentuk arkitek perubahan dari zaman dinasti dan idea di luar dari dunia biasa.

“Fokus utama pameran fotografi adalah mengenai gaya arkitektur Indo-Islamik yang perkembangannya bermula dengan kedatangan sultan-sultan Islam di Delhi dalam abad ke-12,” tambah beliau.

Orang ramai adalah dialu-alukan untuk menyaksikan pameran berkenaan yang diadakan selama dua minggu bermula hari ini semasa waktu pejabat.

ARTIKEL YANG SAMA