Pameran pelaburan hartanah

Pameran pelaburan hartanah

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Okt – Para pelaburan tempatan yang mencari peluang baru bagi pelaburan dalam hartanah, menginsuranskan pelaburan semasa, dan memohon pinjaman atau gadai janji akan terpesona dengan pameran hartanah antarabangsa yang akan diadakan ketika Pesta Makanan dan Kelengkapan Rumah. Pesta itu akan berlangsung di Dewan Serba Guna, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC) di Berakas bermula 22 – 25 Oktober.

Pesta empat hari itu akan membolehkan para pengunjung untuk meneliti dan menikmati tawaran dari lebih 20 pemaju hartanah yang akan memperagakan projek pembangunan mereka. Selain peluang yang diperkenalkan kepada pembangunan komersial terkini, para pemaju akan memberikan nasihat dan garis pandu berhubung pelaburan luar negara.

Para pempamer terdiri dari para pemaju tempatan di Brunei Darussalam hinggalah para pemaju hartanah antarabangsa dari United Kingdom (UK), Australia, Malaysia dan Singapura.

Bagi mereka yang berminat untuk berurusan di UK, ketahuilah tentang hartanah kediaman dan komersial yang secara strategik terletak di Liverpool, Birmingham dan Manchester. Fast Items Ltd akan memperkenalkan pemajuan komersial terbarunya di Birmingham, Metro

Homes akan juga menawarkan peluang mereka kepada para pelabur tempatan untuk memiliki ekuiti di Manchester.

Salah satu daripada ciri-ciri hartanah yang akan dipaparkan semasa pameran itu nanti.
Salah satu daripada ciri-ciri hartanah yang akan dipaparkan semasa pameran itu nanti.
‘The Straits’ yang akan dipamerkan pada ekspo itu nanti.
‘The Straits’ yang akan dipamerkan pada ekspo itu nanti.

OZ Property, sebuah agensi hartanah dari Malaysia, akan menawarkan peluang pelaburan hartanah untuk melabur di Melbourne, Dominion. Selain itu, agensi hartanah juga akan memberi khidmat nasihat dan memberi garis pandu berhubung peluang pelaburan antarabangsa.

Sonata Resources Sdn Bhd dari Semenanjung Malaysia, akan mempamerkan menara pangsapuri berservis terbarunya. ‘The Straits’. Terletak di Kosmopolitan Johor Baru ‘The Straits’ mempunyai pemandangan jelas Selat Johor dan pantai Singapura.

Dibina bagi kehidupan bandar kontemporari, menara pangsapuri yang mempunyai pemandangan indah ini mempunyai seni bina jajahan kreatif, rekaan moden berkualiti sementara memperlihatkan ruang luas dan elegan dan reka letak struktur yang sesuai.

Selain itu, KL Metropolitan akan memperagakan peranginan rekaan berilhamkan Bali, pembangunan chalet air terkenal iaitu Lexis (sebelumnya dikenali sebagai Legenda Water Chalet). Terletak di pantai terkenal Port Dickson, di kawasan Tg Gemok, Lexis dikelilingi dengan suasana yang mempunyai daya tarikan, dengan pemandangan matahari terbit dan terbenam yang sangat indah yang melingkungi Selat Melaka.

Sebuah lagi hartanah ulung, ialah Ecovillas di Subang Barat dari Kumpulan KB, dengan konsep rekaan hutan kecil di Bandar. Juga dipaparkan dalam pameran ini ialah Sang Sarang, peranginan bertemakan hutan dan laut 4 bintang pertama Manjung.

Estet ikonik ini terletak tidak jauh dari Pulau Pangkor yang boleh didatangi dengan perjalanan singkat bot dan dipilih sebagai salah sebuah pulau peranginan terbaik Malaysia kerana pantai aslinya. Sehingga kini, KB Group mempunyai portfolio pembangunan cemerlang yang unik, dan membawa pulangan tinggi dalam pelaburan bagi para pelabur.

Ekspo hartanah antarabangsa ini dibawakan oleh Homeland Publisher Sdn Bhd, penerbit majalah Sabah Property dari Sabah, Malaysia. Ia akan dibuka dari pukul 10 pagi hingga 10 malam setiap hari, yang memaparkan peluang pelaburan pasaran hartanah antarabagsa dan tempatan.

ARTIKEL YANG SAMA