Pameran Pendidikan UK 21 Feb ini

Pameran Pendidikan UK 21 Feb ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Feb – Pameran Pendidikan UK anjuran Suruhanjaya Tinggi British akan diadakan pada 21 Februari bermula 2 petang hingga 7 malam di Dewan Indera Samudera, The Empire Hotel & Country Club.

Pameran yang akan disertai oleh 40 buah universiti dan kolej dari Britain itu merupakan pameran terbesar dianjurkan oleh British Council, menurut Pesuruhjaya Tinggi British ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama David Campbell.

“Terdapat wakil beberapa universiti di England, Wales, Scotland dan Ireland Utara dan satu peluang besar bagi pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian di UK. Mereka akan memberikan khidmat nasihat mengenai pilihan kursus, seminar dan menulis keterangan peribadi terbaik,” tambah Tuan Yang Terutama.

Selain itu, seminar pada pameran itu membolehkan peserta mengikuti pembentangan daripada pelbagai institusi berbeza dan terbuka kepada semua pengunjung ke pameran itu. Ia juga menyediakan hadiah-hadiah menarik bagi mereka yang mengisi borang kaji selidik di sana kelak.

Orang ramai yang berminat mengunjunginya bolehlah mendaftar di http://bn.edukexhibition.org dan berpeluang memenangi televisyen pintar semasa kunjungan ke pameran itu nanti.

TYT David Campbell menyaksikan risalah yang akan digunakan untuk pameran pendidikan.
TYT David Campbell menyaksikan risalah yang akan digunakan untuk pameran pendidikan.

ARTIKEL YANG SAMA