Pameran pengantin 30 Mei ini

Pameran pengantin 30 Mei ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mei – Buat kali kedua, Syarikat Simply Sayang yang menyediakan perkhidmatan perkahwinan, akan mengadakan pameran pengantin dinamakan Simply Sayang Wedding Fayre 2.0 pada 30 Mei ini.

Pameran yang akan diadakan di Galeri Tingkat Bawah, Pusat Penemuan Minyak dan Gas, Seria, itu disokong penuh oleh Songket Wedding Event & Co.

Pameran ini bertujuan untuk mempromosikan perkhidmatan terbaru syarikat berkenaan iaitu pelamin dewan dan juga gubahan hantaran koleksi 2015.

Pameran kali ini juga akan dimeriahkan dengan penyertaan pembekal perkhidmatan tempatan yang lain seperti Drs Wedding & Decoration, Masamichi Studio, HD Photography, Reyn Hm Make-Up & Bridal Collection, Artz Production, Amadah dan Lace & Beauty.

Sehubungan dengan itu, bakal-bakal pengantin adalah dialu-alukan untuk hadir untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkhidmatan perkahwinan supaya dapat merancang hari bahagia mereka dengan baik dan seterusnya memperolehi tawaran-tawaran hebat pada hari itu nanti.