Pameran Poster Tokoh Pendidikan Islam di MSPSBS

Pameran Poster Tokoh Pendidikan Islam di MSPSBS

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov – Sepuluh tokoh Pendidikan Islam termasuk dua orang tokoh pendidikan dari Negara Brunei Darussalam telah diketengahkan dalam Pameran Poster Tokoh-tokoh Pendidikan Islam ke-4 yang diadakan di Study Hub 1, Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan (MSPSBS), semalam.

Pameran tersebut, yang dibukakan untuk kunjungan pelajar dan guru-guru maktab berkenaan, merupakan projek usaha sama yang dijalankan oleh mahasiswa-mahasiswi Sarjana Pendidikan Pengajian Islam, Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah (SHBIE), Universiti Brunei Darussalam (UBD) sesi 2016 bersama dengan Bahagian CCA MSPSBS.

Ia diadakan bagi memberigakan kepada orang ramai mengenai tokoh-tokoh pendidikan Islam dan melihat gagasan pendidikan yang dipelopori oleh tokoh-tokoh berkenaan yang masih relevan hingga kini.

Pameran sehari yang merupakan tugasan bagi modul Aliran Pemikiran Falsafah Pendidikan Islam dan Barat itu telah dirasmikan oleh Pengetua MSPSBS, Hajah Hashimawati binti Haji Mohamad selaku tetamu kehormat majlis.

Ahli Jawatankuasa pameran bergambar ramai bersama tetamu kehormat majlis.
Ahli Jawatankuasa pameran bergambar ramai bersama tetamu kehormat majlis.
Hajah Hashimawati ketika melawat pameran.
Hajah Hashimawati ketika melawat pameran.

Poster-poster tersebut mempamerkan tokoh-tokoh pendidikan Islam yang telah banyak memberikan sumbangan yang sangat berharga khususnya dalam bidang pendidikan.

Tokoh-tokoh yang diketengahkan termasuk Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Awang Mohd Zain bin Haji Serudin, Yang Berhormat Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim, Abdul Rahman An Nahlawi, Al Khawarizmi, Muhammad bin Zakaria Ar Razie, Ibnu Haitam, Al Biruni, Jabir bin Hayyan, Sayyid Qutub dan Jalaluddin Ar Rumi.

ARTIKEL YANG SAMA