Pameran reptilia tarik lebih 1,000 pengunjung

Pameran reptilia tarik lebih 1,000 pengunjung

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Jan – Pameran Reptilia yang diadakan di Stadium Tertutup, Komples Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, telah mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai dengan lebih 1,000 orang pengunjung sejak dibuka 26 Disember lalu hingga hari ini.

Pameran yang dianjurkan oleh Bugs Party Shop dengan kerjasama Persatuan PMBF Animal Pet Wonder itu mempamerkan pelbagai jenis reptilia seperti ular, buaya, lebah, iguana, musang, monyet dan pelbagai jenis burung.

Menurut salah seorang penjaga bilik pameran itu, Awang Muhammad Musawwir Al-Hakim bin Amizul Jasny tujuan pameran ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai terutama kanak-kanak mengenali lebih 20 jenis reptilia.

Seorang kanak-kanak cuba membelai ular sawa albino di Pameran Raptilia yang diadakan di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, kelmarin.
Seorang kanak-kanak cuba membelai ular sawa albino di Pameran Raptilia yang diadakan di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, kelmarin.
Pengunjung juga berpeluang untuk menyentuh buaya yang jinak dibawah penjagaan penjaga pameran tersebut.
Pengunjung juga berpeluang untuk menyentuh buaya yang jinak dibawah penjagaan penjaga pameran tersebut.
Kanak-kanak didedahkan mengenai ular serta spesies haiwan lain yang ada di negara ini dan cara memegangnya.
Kanak-kanak didedahkan mengenai ular serta spesies haiwan lain yang ada di negara ini dan cara memegangnya.
Orang ramai menyaksikan haiwan-haiwan eksotik yang dipamerkan.
Orang ramai menyaksikan haiwan-haiwan eksotik yang dipamerkan.
Antara spesies haiwan eksotik yang dipamerkan.
Antara spesies haiwan eksotik yang dipamerkan.

“Para pengunjung yang masuk ke pameran tersebut bukan sahaja diberikan maklumat penting seperti kehidupan dan bahayanya mengenai binatang tersebut bahkan boleh menyentuhnya di bawah kawalan penjaga pameran,” katanya.

“Dengan hanya yuran masuk berharga $2 dewasa dan $1 untuk kanak-kanak, Bugs Party Shop akan menganjur lebih banyak aktiviti dan pameran di masa yang akan datang”.

Pameran tersebut adalah bersempena dengan Jualan Sports Festival 2016 yang berlangsung dari 26 Disember 2015 hingga 4 Januari 2016 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah di mana pelbagai barangan keperluan seharian dijual.