Pameran Rumah BIBD di The Mall

Pameran Rumah BIBD di The Mall

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Mei – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) telah melancarkan Pameran Rumah di Atrium The Mall, Gadong, bermula hari ini hingga 10 Mei, sebagai tempat sehenti untuk memudahkan para pelanggan membuat persediaan bagi musim perayaan yang menjelang tiba.

Menjelaskan mengenai pameran itu, Timbalan Ketua Perbankan Pelanggan, Hajah Nurul Akmar binti Haji Ja’afar semasa sidang media, hari ini, berkata pameran yang dibuka dari pukul 10 pagi hingga 10 malam itu menampilkan kakitangan perbankan BIBD bagi memberikan nasihat kepada pelanggan mengenai penyelesaian pembiayaan rumah yang terbaik serta sesuai dalam membantu mereka membuat persediaan semasa musim Hari Raya nanti.

Di samping itu, ia turut mengetengahkan penyertaan beberapa nama yang sudah tidak asing lagi termasuk Maxtrack, Hias Design, Desa Villa, Takaful Brunei, Panacom, Luzzone, Karim Carpet, PNK Enterprise and Bees Perfect dengan menawarkan pakej-pakej menarik kepada orang ramai.

Sepanjang pameran itu, para pelanggan BIBD yang mendaftar bagi mana-mana produk pembiayaan BIBD juga akan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik seperti TV 42”, set teater rumah dan beberapa produk barangan rumah seperti peti sejuk dan ketuhar gelombang mikro.

Bagi pelanggan awal yang mendaftar untuk Pembiayaan Rumah juga akan layak untuk mendapat baucar $200.

Kakitangan BIBD bersedia untuk membantu pelanggan mencari penyelesaian pembiayaan rumah terbaik semasa pameran itu.
Kakitangan BIBD bersedia untuk membantu pelanggan mencari penyelesaian pembiayaan rumah terbaik semasa pameran itu.

pg10_150507_b

Menurut beliau lagi, kepada para pelanggan yang mendaftar bagi mana-mana perkhidmatan BIBD seperti Kad Debit BIBD, BIBD Online, BIBD Mobile atau e-statements juga berpeluang untuk membawa pulang baucar Gong Cha.

Dalam pada itu, BIBD juga memberikan pengecualian bayaran 50 peratus untuk mana-mana produk pembiayaan yang dipromosikan.

Pembiayaan Pembaikan Rumah BIBD memberikan peluang terbaik kepada pemilik rumah untuk menambah keselesaan dan mencantikkan rumah mereka kerana pakej yang diberikan membolehkan pembiayaan sehingga 100 peratus kos pengubahsuaian dalam tempoh sehingga 10 tahun.

Hajah Nurul Akmar menjelaskan mengenai pameran rumah yang berlangsung sehingga 10 Mei di The Mall, Gadong.
Hajah Nurul Akmar menjelaskan mengenai pameran rumah yang berlangsung sehingga 10 Mei di The Mall, Gadong.

Aktiviti sampingan pula, pertandingan foto akan diadakan bagi mana-mana pelanggan yang mengambil foto terbaik dan memuat naik ke Instagram, dan pemenang akan membawa pulang Samsung S6 Edge.

Hajah Nurul Akmar juga mengumumkan bahawa pameran rumah seterusnya akan diadakan di Pusat Insani Seria pada 21 sehingga 23 Mei.

Pameran yang julung-julung kalinya diadakan di Seria itu akan menampilkan beberapa peniaga kecil-kecilan (e-vendors) dari Kuala Belait, bagi menyokong dan membantu memberikan pendedahan mengenai e-vendors tempatan.

ARTIKEL YANG SAMA