Pameran Seni Masakan Taiwan berakhir

Pameran Seni Masakan Taiwan berakhir

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Bagi meraikan berakhirnya Pameran dan Demonstrasi Seni Masakan Taiwan yang diadakan sejak Sabtu lalu, Pejabat Ekonomi dan Budaya Taipei telah mengadakan majlis penutupnya, di Dewan Freshco, Batu Satu,baru-baru ini.

Setiausaha Pejabat Ekonomi dan Budaya Taipei di Brunei Darussalam, Geoffrey Han, dalam ucapannya antara lain menyatakan bahawa majlis penutup berkenaan juga merupakan majlis makan malam amal, di mana caj yang dikenakan akan disumbangkan ke Pusat Ehsan cawangan Daerah Belait.

Pada majlis itu juga, Pengerusi Persatuan Graduan Taiwan di Brunei Darussalam, Ang Bee Kui dan Pengerusi Persatuan Perniagaan Taiwan di Brunei Darussalam, Richard Chuang Hsi Shan telah menyampaikan sumbangan berupa mesin pencetak Fuji Xerox DocuCentre S2010, serta 10 rim kertas bersaiz A4 kepada wakil penerima bagi Pengurus Pusat Ehsan cawangan Belait, Dayang Hamimah binti Haji Sapar.

Dayang Hamimah (kiri) ketika menerima sumbangan daripada Ang Bee Jyu dan Richard Chuang Hsi Shan, sambil disaksikan oleh Geoffrey Han (kanan).
Dayang Hamimah (kiri) ketika menerima sumbangan daripada Ang Bee Jyu dan Richard Chuang Hsi Shan, sambil disaksikan oleh Geoffrey Han (kanan).
Cef Hong Wei-Che dan Cef Tsao Shun Wei yang menunjukkan teknik dan cara seni masakan Taiwan.
Cef Hong Wei-Che dan Cef Tsao Shun Wei yang menunjukkan teknik dan cara seni masakan Taiwan.
Antara pelanggan, jemputan yang hadir pada majlis makan malam itu.
Antara pelanggan, jemputan yang hadir pada majlis makan malam itu.

Majlis kemudian diserikan lagi dengan pertunjukan memasak hidangan istimewa daripada dua cef Taiwan iaitu Cef Hong Wei-Che dan juga Pembantu Cef Tsao Shun Wei untuk para jemputan yang hadir.

Antara tujuan pameran dan demonstrasi itu adalah bagi memperkenalkan masakan Taiwan di negara ini di samping bertukar-tukar budaya, ia juga merupakan kesinambungan bagi pameran sama yang diadakan di negara-negara Asia Tenggara lain seperti Indonesia, termasuk Jakarta, Surabaya, Bandung dan Bali, yang berlangsung selama 20 hari, dan Brunei adalah destinasi perhentian terakhir bagi pameran berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA