Pameran statik beri pendedahan awal kerjaya tentera

Pameran statik beri pendedahan awal kerjaya tentera

Para guru dan penuntut bergambar ramai dengan pasukan tentera ABDB.
Para guru dan penuntut bergambar ramai dengan pasukan tentera ABDB.

TANAH JAMBU – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) terus mengadakan hari terbuka sempena Sambutan Hari Ulang Tahun yang ke-55 tahun dengan persembahan arena dan pameran statik yang diadakan baru-baru ini berjaya mendapat sambutan meriah dan cukup mengalakkan daripada orang ramai dan penuntut-penuntut sekolah.

Lebih 120 penuntut bersama guru mereka dari Pusat Tingkatan Enam Meragang, Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah dan Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah berpeluang untuk menyaksikan pelbagai kelengkapan dan keupayaan tentera daripada unit-unit ABDB dengan meninjau kelengkapan peralatan tentera yang dipamerkan dari Kementerian Pertahanan, Tentera Darat Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei, Tentera Laut Diraja Brunei, Institut Latihan ABDB dan Perkhidmatan Teknikal Diraja Brunei (RBTS).

Para penuntut diberikan pendedahan mengenai bidang kerjaya tentera.
Para penuntut diberikan pendedahan mengenai bidang kerjaya tentera.

Melalui pameran statik ini, para penuntut akan dapat membuat pilihan bermaklumat mengenai bidang kerjaya yang diminati yang ingin diceburi di samping mencabar dan kejayaan sebagai seorang anggota tentera.

Selain itu ‘Fun Fair’ dan bazar-bazar jualan juga turut disediakan dikawasan Sekolah Pegawai Kadet.

PRU_0014_web