Pameran Study...

Pameran StudyMalaysia 21 Mei ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Mei – Perkhidmatan Pendidikan HRDS akan mengadakan Pameran StudyMalaysia pada 21 Mei ini di The Empire Hotel & Country Club, Jerudong, di mana para pelajar di negara ini akan berpeluang mengetahui lebih lanjut mengenai pelbagai pilihan pengajian yang terdapat di Malaysia.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, kebanyakan universiti yang menyertai pameran berkenaan diberi penarafan lima bintang dalam rangking Setara terkini.

Selain universiti-universiti Malaysia, beberapa buah universiti United Kingdom (UK) yang mempunyai kampus cawangan di Malaysia juga akan menyertai pameran berkenaan.

Semua institusi yang ikut serta menawarkan pelbagai pilihan pengajian dan diiktiraf di Brunei, menurut kenyataan itu lagi.

ARTIKEL YANG SAMA