Pameran teknologi besar bermula Selasa

Pameran teknologi besar bermula Selasa

TAIPEI, 31 Mei (AFP) – Kehidupan yang bijak dan teknologi sesuai dipakai akan menjadi tumpuan pada pameran perniagaan teknologi terbesar di Asia bermula Selasa dengan gajet yang berjanji akan melakukan segalanya daripada menganalisis keadaan mental kepada mengenal pasti perompak.

Diadakan di ibu negeri Taipei, Computex akan melihat 1,700 peserta pameran dari Taiwan dan seluruh dunia dengan 130,000 pelawat dijangka hadir dalam acara lima hari itu, sekarang dalam tahun ke-35nya.

“Kehidupan bijak dan teknologi sesuai pakai masih menjadi tumpuan, namun pelawat akan menemui produk yang lebih matang,” kata David Liu, daripada Persatuan Komputer Taipei.

Sementara produk pintar berdiri sendiri dipamerkan sebelum ini, firma teknologi kini sedang mengembang cita-cita mereka, kata Liu.

“Kebanyakan peserta mempamerkan alat rumah pintar mereka pada tahun lalu, seperti palam, lampu atau kunci, namun alat berkenaan tidak berfungsi sebagai sistem,” beritahunya kepada AFP.

“Produk terbaru menggunakan satu aplikasi dan sensor inframerah untuk mengemukakan satu penyelesaian menyeluruh. Maka dalam kes keselamatan rumah, misalnya, pengguna sekarang boleh menerima secara automatik gambar mana-mana penceroboh ke rumah mereka.”

Alat sesuai dipakai mempunyai bidang khas – termasuk jam tangan pintar, fabrik dan kaca – dan pada tahun ini akan memaparkan alat baru yang berjanji akan mengukur tahap stres berpunca daripada kerja menerusi analisis ‘gelombang minda,’ kata penganjur.

Pembaharuan teknologi peranti dan 3D juga akan menjadi bidang utama pada pameran tahun ini. Namun walaupun Computex terus menarik pelabur antarabangsa seperti Intel, Microsoft dan Ford, ia diadakan pada masa apabila Taiwan sedang bergelut untuk mengekal kelebihan teknologinya ketika menghadapi persaingan sengit dari China.

Taiwan pada bulan lalu mengurangkan ramalan pertumbuhannya, menyalahkan persaingan yang semakin meningkat dari China dalam industri teknologi.

China telah meneruskan dengan pembangunan jenama telefon pintar domestik dan perkakasan dalam negara, memberikan tekanan kepada pusat teknologi yang berorientasikan eksport.

Pemerhati industri berkata Taiwan mesti melaksanakan pembaharuan dalam pasaran Internet of Things (IoT) – objek daripada jam tangan kepada peralatan dapur – jika ia ingin mengekalkan kedudukannya.

Pasaran IoT diramalkan berkembang 19 peratus pada 2015, menurut firma penyelidikan IDC.

ARTIKEL YANG SAMA