Pameran tekstil dari Kepulauan Borneo

Pameran tekstil dari Kepulauan Borneo

Oleh Salawati Haji Yahya

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Nov – Sebanyak 144 bahan yang terdiri daripada hiasan kepala, kain tenunan pelbagai corak termasuk teknik pembuatan tekstil daripada koleksi muzium di Kepulauan Borneo iaitu dari Brunei, Sabah, Sarawak dan Kalimantan diketengahkan dalam Pameran Wastra Borneo 2015 yang bermula hari ini sehingga 31 Januari 2016 di Muzium Teknologi Brunei, di sini.

Perasmian pameran berkenaan telah disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof yang turut menyaksikan pameran berkenaan sejurus selepas menyempurnakan perasmian.

Turut hadir ialah Kurator Ilmu Kejadian di Jabatan Muzium-muzium, Yang Amat Mulia Pengiran Muda Omar Ali dan Pegawai Tugas-tugas Khas di Jabatan Muzium-muzium, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Qudduus.

Pengarah Muzium-muzium Pengiran Dr. Karim bin Pengiran Haji Osman selaku Pengerusi Pameran Wastra Borneo 2015, semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya menjelaskan, pameran ini memperlihatkan perkembangan tekstil Borneo dari bahan asas seperti kulit kayu kepada tenunan benang kepada tenunan benang perak dan emas yang mana motif tenunan ini turut berkembang daripada motif sederhana kepada kompleks dan rumit.

Beliau seterusnya menjelaskan, Wastra merujuk kepada tekstil atau pakaian bahan fleksibel yang ditenun daripada gentian asli atau tiruan seperti benang.

Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi yang hadir selaku tetamu kehormat.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi yang hadir selaku tetamu kehormat.
Tetamu kehormat merasmikan Pameran Wastra Borneo 2015.
Tetamu kehormat merasmikan Pameran Wastra Borneo 2015.
Tetamu kehormat menyaksikan Pameran Wastra Borneo 2015.
Tetamu kehormat menyaksikan Pameran Wastra Borneo 2015.
Yang Berhormat Pehin melihat lebih dekat salah satu tekstil yang dipamerkan.
Yang Berhormat Pehin melihat lebih dekat salah satu tekstil yang dipamerkan.
YAM Pengiran Muda Omar Ali dan YAM Pengiran Anak Haji Abdul Qudduus turut menyaksikan Pameran Wastra Borneo 2015.
YAM Pengiran Muda Omar Ali dan YAM Pengiran Anak Haji Abdul Qudduus turut menyaksikan Pameran Wastra Borneo 2015.

pg12_151112_e

Selain itu, tambah beliau, tekstil ini merupakan bahan yang mempunyai nilai keindahan halus dan menarik terutama dari segi reka bentuk corak dan bentuk tenunannya, di samping tekstil ini juga merupakan seni kraf tangan yang dihasilkan oleh manusia bagi memenuhi kehendak dalam kehidupan.

Beliau turut memberitahu bahawa pameran ini seterusnya akan diadakan di Muzium Kapuas Raya Sintang, Kalimantan Barat.

Sementara itu, temu bual media dengan salah seorang peserta pameran, Awang Abdul Hafiz bin Haji Hasni iaitu graduan Universiti Brunei Darussalam (UBD) dalam bidang Teknologi Seni Kreatif, yang meminati bidang rekaan fesyen memberitahu, beliau mengambil langkah awal dengan memulakan penghasilan tekstil melalui kain tenunan Brunei seterusnya mempromosi kain tenunan Brunei.

Menurutnya, salah satu daripada proses meningkatkan dan memantapkan kemahiran ialah melalui tekstil yang terdapat dalam kain tenunan Brunei.

Beliau yang mula meminati tekstil ini semasa di UBD di mana tumpuan hanya kepada corak dan motif, berkata salah satu modul di UBD memberi peluang mereka untuk mempelajari seni tradisi dan memilih kain tenunan sebagai langkah awal untuk meningkatkan kemahiran dalam rekaan.

Salah satu ruang pameran di Pameran Wastra Borneo 2015 yang mengetengahkan tekstil yang terdapat di Kepulauan Borneo.
Salah satu ruang pameran di Pameran Wastra Borneo 2015 yang mengetengahkan tekstil yang terdapat di Kepulauan Borneo.
Antara barangan yang dipamerkan di Pameran Wastra Borneo 2015.
Antara barangan yang dipamerkan di Pameran Wastra Borneo 2015.

pg12_151112_i

Pada pameran ini, tambahnya, beliau menggunakan motif lama Brunei seperti bunga melor, bunga berantai berputar di mana ia dapat menghasilkan corak baru walaupun ia mengambil masa dalam penghasilan corak baru.

Dalam usaha memantapkan penghasilan rekaan dan corak dalam kain tenunan, penyelidikan daripada buku dan mendapat bimbingan daripada pakar kain tenunan sering dibuat dan sepanjang melibatkan diri dalam penghasilan corak ini, dua rekaan telah dihasilkan manakala lima rekaan lagi masih dalam proses, ujarnya lagi.

Pameran lebih dua bulan ini antara lain berobjektif untuk mengeratkan kerjasama antara muzium-muzium di Borneo di samping mempamerkan kepelbagaian koleksi tekstil yang terdapat di kepulauan ini seterusnya menyemai semangat cintakan warisan budaya.

Pameran Wastra Borneo ini diusahakan bersama institusi-institusi muzium di Kepulauan Borneo seperti Jabatan Muzium-muzim Brunei, Jabatan Muzium-muzium Sabah, Jabatan Muzium Sarawak dan Muzium-muzium Wilayah Kalimatan Barat, Kalimatan Timur, Kalimantan Tengah dan Kalimantan Selatan.

Sehubungan itu, orang ramai adalah dialu-alukan untuk mengunjungi pameran berkenaan yang dibuka dari jam 9 pagi hingga 5 petang kecuali Jumaat yang dibuka dari 9 Pagi hingga 11:30 pagi dan disambung semula dari jam 2:30 petang hingga 5 petang.

ARTIKEL YANG SAMA