Pampasan luar biasa untuk anggota bomba

Pampasan luar biasa untuk anggota bomba

BEIJING, 10 Sept – China akan memberikan pampasan luar biasa besar kepada keluarga anggota bomba yang terbunuh dalam letupan dahsyat di Tianjin bulan lalu, media tempatan melaporkan selepas bencana itu menimbulkan persoalan sama ada latihan ahli bomba yang masih muda itu mencukupi atau tidak.

Setiap keluarga akan menerima pampasan sebanyak 2.3 juta yuan (AS$360,000) sebagai bayaran termasuk wang tambahan kerana sanggup berkorban, Beijing News melaporkan lewat kelmarin.

Angka kematian akibat siri letupan 12 Ogos itu meningkat kepada 164 hari ini, menurut pihak berkuasa Tianjin sambil menambah 97 daripada mereka adalah anggota bomba. Sembilan lagi masih hilang.

Jumlah pampasan itu dua kali ganda berbanding AS$145,000 yang diberikan kepada keluarga setiap mangsa kemalangan kereta api 2011 di luar bandar Wenzhou.

Daripada 2.3 juta yuan, 940,000 yuan adalah ‘pengorbanan’, manakala kebanyakan yang lain adalah 30 kali ganda berbanding purata gaji tahunan di bandar itu yang hilang pendapatan akibat kematian.

Pampasan standard untuk mangsa kemalangan di China adalah 20 kali daripada ganda gaji purata.

Jumlah yang agak besar mungkin satu percubaan pihak berkuasa untuk melenyapkan kritikan selepas persoalan dibangkitkan sama ada anggota bomba tidak terlatih menyumbang kepada ledakan di Tianjin. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA