Pamplona: 2 dirodok, 3 cedera

Pamplona: 2 dirodok, 3 cedera

PAMPLONA, Sepanyol, 10 Julai – Dua lelaki Sepanyol mengalami cedera parah selepas dirodok lembu berang semasa hari keempat larian lembu pada Festival San Fermin Pamplona hari ini, menurut para pegawai. Tiga yang lain mengalami kecederaan di kepala.

Dua lelaki yang dirodok itu berasal dari bandar tenggara Valencia, berusia 29 dan 34 tahun, cedera di kawasan laluan menuju ke gelanggang lembu.

Manakala tiga yang lain dengan kecederaan di kepala itu juga orang Sepanyol dari Murcia, Madrid dan Bercelona, telah dimasukkan ke hospital.

Orang kedua, berusia 36 tahun, sedang dirawat dan dua yang lain dalam keadaan yang stabil.

Lebih 1,000 peserta memenuhi jalan-jalan sempit Pamplona yang berbatu buntar. Lembu jantan keluar dari pagar permulaan dan menyelesaikan larian 930 ela dalam masa dua minit setengah.

Para peserta berlari dalam festival larian lembu Pedrasa de Yeltes pada hari keempat larian di San Fermin di Pamplona, utara Sepanyol pada 10 Julai. - AFP
Para peserta berlari dalam festival larian lembu Pedrasa de Yeltes pada hari keempat larian di San Fermin di Pamplona, utara Sepanyol pada 10 Julai. – AFP

Tergelincir dan terjatuh, bagaimanapun perkara sering terjadi ke atas lembu-lembu jantan dan para pelari, dan beberapa peserta juga telah dihimpit oleh haiwan seberat 1,300 paun itu dalam lariannya ke tempat gelanggang.

Larian lembu adalah sebahagian daripada tradisi festival musim panas di seluruh Sepanyol.

Pesta San Fermin selama sembilan hari itu menjadi terkenal di dunia menerusi novel Ernest Hemingway tahun 1926 ‘The Sun Also Rises’ dan menarik ribuan pelancong asing. – AP