Panama lancar siasatan jenayah ‘Panama Papers’

Panama lancar siasatan jenayah ‘Panama Papers’

BANDAR RAYA PANAMA, 5 April (AFP) – Pendakwa pejabat negeri di Panama berkata ia akan melancarkan siasatan terhadap pendedahan yang terkandung dalam kebocoran data besar-besaran di sebuah firma undang-undang yang dicipta oleh syarikat luar pesisir untuk orang-orang yang kaya dan berkuasa di dunia.

“Fakta-fakta yang dinyatakan dalam penerbitan media komunikasi kebangsaan dan antarabangsa di bawah bahagian ‘Panama Papers’ akan menjadi tajuk siasatan jenayah,” kata pejabat itu dalam satu kenyataan.

Siasatan akan menyasarkan kepada sebab terjadinya jenayah itu dan mengetahui siapa pelakunya, serta mengenal pasti kemungkinan kerosakan kewangan, katanya.

Firma undang-undang yang terlibat, Mossack Fonseca, berkata kebocoran sebanyak 11.5 juta dokumen daripada sistem mereka itu adalah hasil daripada “pencerobohan yang terhad,” yang mana ia dipercayai daripada pihak luar yang bertanggungjawab atas kejadian itu.

Juan Carlos Varela (kanan) bercakap dengan media semasa acara di Colon, 80 kilom eter dari Bandar Raya Panama, Isnin. – AFP
Juan Carlos Varela (kanan) bercakap dengan media semasa acara di Colon, 80 kilom eter dari Bandar Raya Panama, Isnin. – AFP

Salah seorang pengasasnya, Ramon Fonseca, memberitahu AFP bahawa kebocoran adalah serangan ke atas Panama sendiri, yang bergantung kepada sektor perkhidmatan kewangan.

Presiden Panama, Juan Carlos Varela, berkata negaranya akan bekerjasama dengan “mana-mana kerajaan dan mana-mana penyiasatan” yang mengakibatkan skandal tersebut terjadi.

Beliau juga berikrar untuk “mempertahankan imej negara mereka,” yang telah membuat kemajuan dalam cuba untuk menurunkan reputasi mereka sebagai hab bagi pengubahan wang haram dan transaksi yang meragukan.

Entiti luar pesisir dari diri mereka sendiri, tidak menyalahi undang-undang. Tetapi mereka boleh menggunakannya untuk pengubahan wang haram atau menyembunyikan aset daripada pihak berkuasa cukai di negara-negara lain.

ARTIKEL YANG SAMA