Panama menang 2-1 ke atas Bolivia

Panama menang 2-1 ke atas Bolivia

ORLANDO, Amerika Syarikat, 7 Jun – Dua jaringan daripada Blaz Perez termasuk jaringan kemenangan pada minit ke-87 membolehkan Panama meraih kemenangan 2-1 ke atas Bolivia pada aksi Kumpulan D Copa America Centenario di Citrus Bowl, sebentar tadi.

Penyerang berusia 31 tahun itu meledak gol pembukaan pada minit ke-11 sebelum Bolivia menyamakan kedudukan pada babak kedua menerusi jaringan Juan Arce pada minit ke-54.

Tiga minit sebelum tamat permainan, Perez sekali lagi membuktikan ketajamannya dengan meledak gol kemenangan Panama.

Gol pertama Panama muncul apabila Alberto Quintero yang memiliki ruang di sebelah kiri melakukan hantaran silang rendah membolehkan Perez menggelungsur dan menampan masuk melepasi jangkauan penjaga gol Bolivia, Carlos Lampe.

Kedua-dua pasukan berebut bagi mendapatkan bola pada perlawanan itu. – AFP
Kedua-dua pasukan berebut bagi mendapatkan bola pada perlawanan itu. – AFP

pg22_160608_CopaAmericaLogo

Bolivia kemudiannya berjaya mengikat kedudukan selepas pertahanan Panama, Harold Cummings gagal mengeluarkan bola sepakan percuma Martin Smedberg dengan baik dan jatuh ke kaki Arce yang kemudiannya mudah menolak masuk ke gawang gol.

Panama nyaris mendahului permainan semula namun jaringan Luis Tejaga dibatalkan kerana ofsaid.

Ketika penyokong Panama yang hadir seakan pulang dengan kekecewaan, Abdiel Arroyo melepasi kawalan pertahanan di bahagian kanan sebelum melakukan hantaran yang disudahkan Perez untuk jaringan kemenangan.

Pilihan juara, Argentina pula akan menentang Chile dalam satu lagi aksi selepas ini. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA