Panama Papers: Singapura jalankan siasatan

Panama Papers: Singapura jalankan siasatan

SINGAPURA, 6 April – Singapura menyertai beberapa negara melancarkan siasatan ke atas dokumen yang bocor dari sebuah firma undang-undang Panama untuk membongkar sembarang salah laku menggunakan struktur syarikat luar pesisir.

Agensi berkenaan sedang mengkaji maklumat yang bocor dan menjalankan pemeriksaan.

“Jika ada bukti salah laku oleh individu atau entiti di Singapura, kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas,” kata Kementerian Kewangan (MPF) dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dalam satu kenyataan bersama semalam.

Kebocoran yang dinamakan sebagai ‘Panama Papers’ itu mendedahkan pengaturan kewangan ahli politik dan tokoh masyarakat berprofil tinggi dan syarikat serta institusi kewangan yang mereka gunakan untuk kegiatan tersebut. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA