Panasonic beli Hussmann AS$1.54 juta

Panasonic beli Hussmann AS$1.54 juta

TOKYO, 21 Dis (AFP) – Syarikat elektronik Jepun, Panasonic mengatakan hari ini ia akan membeli sebuah syarikat sistem penyejukan makanan berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Hussmann, sekitar AS$1.54 juta sebagai sebahagian daripada kempennya untuk berkembang dalam sektor peruncitan makanan AS.

Panasonic mengatakan dalam satu kenyataan bahawa pembelian itu akan membantunya untuk meningkatkan perniagaannya bagi sarung paparan penyejuk di AS – pasaran terbesar dunia bagi produk berkenaan – serta ke kawasan berhampiran ekonomi dan pasaran gergasi sejauh Australia dan New Zealand.

Menggesa persetujuan itu satu ‘strategi pengambilalihan’, Panasonic berpangkalan di Osaka mengatakan pembelian itu akan menggabungkan kecemerlangan syarikat AS dalam perkhidmatan pelanggan dan penyelenggaraan bersama teknologi Panasonic.

“Panasonic akan menggunakan sinergi ini untuk memacu pertumbuhan dan inovasi seterusnya berdasarkan asas global,” katanya.

Pembelian itu akan disiapkan pada April 2016, menjadikan firma AS memiliki sepenuhnya subsidiari itu, menurut Panasonic.

Jenama Hussmann dan pihak pengurusan pada masa ini akan kekal pada firma itu, menurut Panasonic.

Syarikat-syarikat besar Jepun telah tergesa-gesa membeli firma luar negeri sebagai satu cara untuk menjamin pertumbuhan masa depan.

ARTIKEL YANG SAMA