Panasonic, Tesla gabung produk solar

Panasonic, Tesla gabung produk solar

TOKYO, 18 Okt – Panasonic dan pembuat kereta elektrik Amerika Syarikat (AS), Tesla telah bersetuju untuk bekerja bersama-sama ke atas produk tenaga solar, kata seorang jurucakap bagi firma Jepun kelmarin.

Kedua-duanya sudah pun bekerjasama dalam kilang bateri litium-ion di Nevada, namun berkata me-reka merancang untuk mengembangkan kolaborasi mereka.

“Kami bersetuju untuk memulakan perbincangan mengenai penggabungan dalam bateri solar di sebuah kilang di Buffalo, New York, yang dijalankan oleh subsidiari Tesla,” menurut jurucakap Panasonic.

Syarikat Jepun akan membekalkan teknologi yang digunakan sel solar dan modul bagi produk akan direka oleh Tesla, tambahnya.

Firma AS berkata lewat kelmarin, yang perkongsian itu akan membantu ‘meningkatkan pengeluaran sel solar boleh dipercayai, sangat efisien dan modul pada harga terbaik.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA