Pancake House kini bertapak di Giant Rimba

Pancake House kini bertapak di Giant Rimba

Oleh Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Sept – Pancake House Brunei yang baru-baru ini membuka semula cawangan pertamanya di Giant Hypermarket, Tasik Rimba telah memberikan suasana lebih segar dengan menampilkan hidangan terbaik.

Cawangan tersebut yang dipindahkan dari Kiulap menyediakan pankek gebu, hidangan Taco terbaik di negara ini, serta makanan kegemaran warga Filipina seperti spageti dan tinapa sehinggalah kepada hidangan antarabangsa seperti Salad Fiesta dan Slisbury Steak.

“Kami berharap dapat menarik hati penduduk di sekitar kampung ini dan dengan percakapan positif mereka akan menyebar luas ke seluruh Brunei.

Pelbagai jenis pankek boleh didapati di Pancake House Brunei, Unit EF05, Tingkat 1, Giant Hypermarket.
Pelbagai jenis pankek boleh didapati di Pancake House Brunei, Unit EF05, Tingkat 1, Giant Hypermarket.

“Saya percaya dengan produk kami, terutama hidangan pankek dan Taco yang mempunyai rasa unik,” kata Pengarah Pancake House Brunei, Del Goh.

“Kami juga berhasrat akan membuka cawangan seterusnya di lokasi-lokasi strategik bagi memenuhi kehendak para pelanggan,” kata Goh.