Pancake House tampil kad Frequency

Pancake House tampil kad Frequency

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Nov – Restoran Pancake International House kini menampilkan ‘Frequency Card’ kepada para pelanggannya sempena ulang tahun pertama restoran itu.

Kad ini boleh didapati secara percuma bermula 27 Oktober hingga 1 Disember ini dan sah untuk kegunaan selama enam bulan sahaja, Pengurus Restoran, Aldous Brian Corpuz menjelaskan mengenai kad itu.

Pelanggan yang membuat pembelian minimum bernilai $10 akan diberikan penanda cap dan pelanggan yang mendapat penanda cap ketiga, keenam, kesembilan dan ke-12, akan diberikan hidangan percuma.

Kakitangan Restoran Pancake International House, Brunei memotong kek sempena ulang tahun yang pertama.
Kakitangan Restoran Pancake International House, Brunei memotong kek sempena ulang tahun yang pertama.

Bermula 2 Disember, kad ini bolehlah didapati dengan percuma bagi mana-mana pembelian minimum $10.

Di samping itu juga, bermula pada 27 November sehingga 1 Disember, bagi 50 pelanggan yang datang akan diberikan hidangan mini penkek secara percuma dengan pembelian minimum $10.

ARTIKEL YANG SAMA