Pancaragam Tentera Udara AS bawa keceriaan

Pancaragam Tentera Udara AS bawa keceriaan

Oleh Pg Fairol RMF

Gambar oleh Bahyiah Bakir

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Sept – Para pesakit Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC), Gleneagles JPMC, Pusat Rehabilitasi dan Strok (BNSRC), Brunei Neuroscience bersama para penjaga mereka dan kakitangan JPMC, petang tadi, telah dihiburkan dengan persembahan penuh semangat daripada Pasukan Pancaragam Tentera Udara Amerika Syarikat Asia Pasifik.

Hadir menyaksikan persembahan itu ialah Ahli Lembaga Pengarah JPMC, Awang Abdul Latif bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof, Pengarah Perubatan Pusat Kanser Brunei (TBCC), Profesor Madya Dr Kenneth Kok, Pentadbiran Hospital JPMC, Chris Carvalho dan juga Pegawai Hal Ehwal Kedutaan Amerika Syarikat, Edward Findlay.

Ketua Pemasaran JPMC, Awangku Danny bin Pengiran Tajuddin berkata pihak mereka gembira dengan kedatangan Pasukan Pancaragam Tentera Udara Amerika Syarikat di pusat berkenaan untuk menceriakan pesakit dan memberikan penghargaan kepada mereka.

Antara pesakit JPMC yang dihiburkan.
Antara pesakit JPMC yang dihiburkan.
Persembahan daripada Anggota Pasukan Pancaragam Tentera Udara Amerika Syarikat.
Persembahan daripada Anggota Pasukan Pancaragam Tentera Udara Amerika Syarikat.

“Kami juga ingin berterima kasih kepada Kedutaan Amerika Syarikat dalam memberikan peluang (menyaksikan persembahan menarik itu) kepada kami dan pesakit kami,” tambahnya.

Pasukan berkenaan telah mempersembahkan lagu-lagu popular seperti ‘Geronimo’ dan ‘Happy’ serta lagu yang dikenali sejak dulu lagi seperti ‘Don’t Stop Believing’. Pasukan yang terdiri daripada lima anggota termasuk dua wanita itu berada di negara bagi menghadiri mesyuarat empat hari dari 6 September hingga esok.

ARTIKEL YANG SAMA