Panchor Murai FC tewaskan BESA FC 5-2

Panchor Murai FC tewaskan BESA FC 5-2

Oleh Hasrulraizan

 

TUTONG, 4 Jun – Ketika Liga Perdana DST 2015 diteruskan semalam, Panchor Murai FC tidak menghadapi masalah untuk meraih tiga mata penuh apabila menang 5-2 ke atas BESA FC.

Ketika penjaring hatriknya, Ahmad Asyraf bin Md Saudian menjaringkan gol kedua peribadinya sewaktu separuh masa kedua baru bermula lapan minit, Panchor Murai FC sudah sangat selesa mendahului 4-0.

Panchor Murai FC sudah melakukan kemusnahan pada babak pertama menerusi jaringan Abdul Arif bin Razid Osman pada minit ke-15, Haji Md Idzarul Hidayat bin Haji Matassan pada minit ke-17 dan kemudiannya pada minit ke-43 hasil jaringan pertama peribadi Ahmad Asyraf untuk Panchor Murai FC di depan 3-0.

Hasmadi bin Wahid memberikan sedikit harapan buat BESA FC apabila berjaya mencantas pendahuluan Panchor Murai FC dengan jaringannya pada minit ke-57, cuma untuk Ahmad Asyraf mencetak hatriknya pada minit ke-61 untuk mengembalikan keselesaan empat gol di depan buat Panchor Murai FC.

BESA FC memang berjaya membolosi gawang Panchor Murai FC buat kedua kalinya menerusi jaringan Mohd Hairol Azmim bin Haji Abdul Wahab pada minit ke-87, namun ia hadir agak lewat untuk memberikan inspirasi kebangkitan dan kesudahannya kedudukan 5-2 kekal sehingga pengadil meniupkan wisel penamat.

Panchor Murai FC menang 5-2 ke atas BESA FC di Kompleks Sukan Tutong malam kelmarin.
Panchor Murai FC menang 5-2 ke atas BESA FC di Kompleks Sukan Tutong malam kelmarin.

Menerusi kemenangan di perlawanan kesembilannya itu, Panchor Murai FC kini mengumpul 15 mata di tempat keempat, empat mata di belakang tempat ketiga, Kasuka FC, dan enam mata di belakang dua pasukan teratas, Kota Ranger FC dan Tabuan U18.

BESA FC pula kekal di kedudukan kelapan dengan 9 mata dari sepuluh perlawanan, hanya satu mata di belakang BSRC FT (9 perlawanan) dan Menglait FC (8 perlawanan) masing-masing di tangga keenam dan ketujuh. Setia Perdana pula menghuni tangga kelima dengan 11 mata dari 9 perlawanan.

ARTIKEL YANG SAMA