Pancuran air empangan jadi tarikan

Pancuran air empangan jadi tarikan

BEIJING, 29 Jun (AFP) – Seorang jurugambar menggunakan sebuah dron untuk menangkap imej menakjubkan pancuran air melata dari sebuah empangan di tengah China, satu acara tahunan yang menarik ribuan para pelancong.

Air mencurah keluar daripada saluran yang dibina pada Empangan Xiaolangdi di Sungai Kuning di tengah wilayah Henan, menghasilkan air terjun, ombak dan wap yang besar.

Pembebasan air itu adalah sebagai sebahagian usaha untuk mencurahkan lanar dari bawah takungan di sebalik empangan itu.

Sungai Kuning terkenal dengan lanarnya – justeru ia dinamakan sempena namanya.

Air terjun besar itu telah menarik perhatian jurugambar setiap tahun, namun tangkapan gambar dari sudut pandangan mata burung berjaya dilakukan hari ini menggunakan dron yang mendedahkan skala besar acara itu – dan longgokan besar lumpur memasuki sungai di bawah baraj.

Para pelancong menyaksikan air melata yang dilepaskan dari Empangan Xiaolangdi di Sungai Kuning di Jiyuan, wilayah Henan, China pada 29 Jun. – Xinhua
Para pelancong menyaksikan air melata yang dilepaskan dari Empangan Xiaolangdi di Sungai Kuning di Jiyuan, wilayah Henan, China pada 29 Jun. – Xinhua

Dalam satu percubaan untuk menarik perhatian para pelancong, bandar berhampiran Luoyang menampilkan ‘festival ombak’ setiap tahun.

Acara tahun ini akan berlangsung selama seminggu, dengan air dibebaskan pada waktu tertentu setiap hari dan bas-bas berhawa dingin akan disediakan untuk mereka yang datang menyaksikannya.

Projek Xiaolangdi siap diselesaikan pada 2000 dengan menelan kos sebanyak AS$3.5 bilion dan menjana sekitar lima bilion kWh elektrik setiap tahun.

ARTIKEL YANG SAMA