Panda tertua bakal catat rekod dunia

Panda tertua bakal catat rekod dunia

HONG KONG, 12 Julai (Reuters) – Panda gergasi tertua yang hidup dalam kurungan ditetapkan untuk mencatatkan rekod dunia bagi haiwan paling lama hidup, dengan usianya dikatakan setanding sekurang-kurangnya seratus tahun dengan manusia.

Gergasi panda Hong Kong, Jia Jia, yang namanya bermakna ‘bagus’ akan berusia 37 tahun musim panas ini di taman tema Ocean Park, yang menyamai gelaran Guinnes World Record bagi panda tertua yang masih hidup dalam kurungan – Du Du, yang mati pada 1999, pada usia 37 tahun.

“Ia adalah jarang bagi panda hidup pada usia ini,” kata Grant Abel, pengarah taman penjagaan haiwan.

“Ia adalah sama kepada seseorang, seorang manusia, yang akan berusia seratus tahun.”

Penjaga Jia Jia berkata mereka mempertimbangkan menghantar permohonan kepada Guinness World Records selepas meraikan ulang tahunnya, yang akan disambut pada musim panas, walaupun tarikh tepat tidak diketahui memandangkan dia ditangkap di alam semula jadi.

Dilahirkan di China pada 1978, Jia Jia diberikan kepada Hong Kong pada 1999, bersama dengan panda lain, untuk meraikan ulang tahun kedua penyerahan bandar itu dari bekas penjajah, Britain.

Ia mempunyai berat badan 80kg dan digambarkan dalam keadaan sihat bagi usianya, walaupun penglihatannya sudah berkurangan dan pendengarannya terjejas, kata Paolo Martelli, ketua veterinar taman itu.

Jia Jia menerima rawatan bagi darah tinggi dan artritis. Ia berjalan dengan perlahan dan menghindarkan kawasan pameran kurungannya, lebih suka untuk berada di belakang dan memakan beberapa kilogram buluh dan daun, di samping buah-buahan dan roti fiber tinggi.

“Perkara pertama yang saya fikirkan apabila saya melihat Jia Jia, dia sudah tua’ sayalah yang akan menguburkannya,’” kata Martelli.

“Tetapi sebenarnya ia sudah 10 tahun sekarang. Dan dia sudah mengalami naik dan turun, tetapi selalu untuk bangkit dan dilihat dalam keadaan bagus buat beberapa tahun selepas itu,’ katanya, yang menambah sukar untuk meramalkan jangka hayatnya.