Pandan 6 juara futsal

Pandan 6 juara futsal

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 1 Sept – Pasukan Pandan 6 muncul juara selepas menewaskan Pasukan PBDB 3-2 dalam kejohanan futsal sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang ke-69. Lalah FC mengalahkan Pasukan BVB FC 4-2 untuk meraih tempat ketiga.

Pasukan Pandan 6 FT menerima wang tunai $1,000, pingat serta piala sementara Pasukan PBDB sebagai naib juara menerima wang tunai $700, pingat serta piala. Lalah FC yang mendapat tempat ketiga menerima wang tunai $500, pingat serta piala dan Psukan BVB menerima wang tunai $300, pingat dan juga piala.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Ketua Pegawai Eksekutif BMC Awang Takayuki Miyamoto.

Pandan 6 FT bergambar bersama kakitangan PBDB dan BMC selepas perlawanan akhir selesai semalam.
Pandan 6 FT bergambar bersama kakitangan PBDB dan BMC selepas perlawanan akhir selesai semalam.