Pandikar Amin jalankan tugas Presiden USBO

Pandikar Amin jalankan tugas Presiden USBO

KOTA KINABALU, 28 Dis – Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia akan menjalankan tugas sebagai PresidenPertubuhan Bajau Sabah Bersatu (USBO) berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata beliau telah mengambil cuti sebagai presiden badan bukan kerajaan itu, yangmerupakan anggota gabungan Barisan Nasional, untuk membolehkan beliau menumpukan tugas sebagai menteri dalam Kabinet Persekutuan.

“Selama saya bercuti, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang juga Timbalan Presiden 1 USBO akan menjalankan tugas presiden.

“Saya sudah berbincang dengan Tan Sri Pandikar mengenai perkara ini dan beliau bersetuju menerimanya,” kata Salleh dalam blognya sskeruak.blogspot.my.

Dua lagi Timbalan Presiden USBO ialah Datuk Salsidu Ibrahim dan Datuk Amir Kahar Tun Mustapha manakala Anggota Parlimen Silam Datuk Datu Nasrun Datu Mansur adalah setiausaha agung. – Bernama