Pandu Kia ke Perancis

Pandu Kia ke Perancis

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 April – Untuk mempertingkatkan inisiatif pemasaran kereta KIA dan memperkaya pengalaman pemanduan pelanggan, Grand Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kenderaan KIA di Brunei Darussalam menyokong rakan kongsi mereka, UEFA EURO 2016, dengan mengadakan program KIA Lucky Drive to France.

Promosi yang telah bermula 1 Mac lalu hingga 30 April ini menyediakan pelbagai hadiah lumayan, termasuk tiket penerbangan pergi balik untuk dua orang ke Paris, Perancis bagi menyaksikan pembukaan rasmi UEFA EURO 2016 termasuk lawatan di negara tersebut, sebagai hadiah utama. Ini termasuk tiket penerbangan, makanan dan tempat tinggal.

Manakala itu, pemenang kedua hingga kelima akan membawa pulang telefon pintar Samsung Galaxy S6 Edge+ 64GB, Samsung S6 Edge+ 32GB, Samsung S2 Smart Watch dan Samsung Galaxy Tab S2 9.0 LTE.

Promosi KIA Lucky Drive to France bermula dari 1 Mac hingga 30 April yang menyediakan hadiah-hadiah istimewa untuk dimenangi.
Promosi KIA Lucky Drive to France bermula dari 1 Mac hingga 30 April yang menyediakan hadiah-hadiah istimewa untuk dimenangi.

Sepuluh pelanggan akan dipilih pada 13 Mei ini dan cabutan akhir akan diadakan pada 20 Mei di Bilik Pameran KIA di Beribi.

“KIA sentiasa mempamerkan kuasa untuk menakjubkan. Dengan promosi ini, kami berharap untuk memperkasa pelanggan untuk memenuhi impian dan mengejar apa yang mereka inginkan,” kata Pengarah Urusan Grand Motors Sdn Bhd, Frankie Ho dalam satu kenyataan yang dikeluarkan,

Jaminan global KIA adalah untuk melebihi jangkaan pelanggan dengan menyediakan pengalaman memandu yang luar biasa dan inovasi automotif berterusan.

ARTIKEL YANG SAMA