Pandu Tata, dapat hadiah

Pandu Tata, dapat hadiah

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Sept – Pengedar tunggal kereta Tata di negara ini, Worldwide Motors Sdn Bhd mengadakan Kempen Uji Pandu Tata Aria atau Tata Manza bermula hari ini sehingga 19 September. Uji pandu bermula dari Bilik Pameran Tata Motors di kawasan Perindustrian Beribi.

Dalam kempen ini, pengunjung yang menguji pandu kereta itu akan berpeluang untuk mendapat hadiah secara langsung daripada Worldwide Motors.

Manakala bagi pertandingan dalam media sosial, pengikut setia mereka yang memuatnaik gambar selfie bersama salah sebuah model Tata dengan ‘tag’ Tata Brunei di Facebook dan Instagram berpeluang memenangi hadiah.

Nama para pemenang akan diumumkan pada hari terakhir kempen uji pandu tersebut pada Sabtu ini.

Tata Manza dengan reka bentuk yang moden dilengkapi dengan teknologi terkini yang canggih.
Tata Manza dengan reka bentuk yang moden dilengkapi dengan teknologi terkini yang canggih.
Tata Aria yang lebih besar dan selesa dengan enjin diesel 2.2L Turbo-charged.
Tata Aria yang lebih besar dan selesa dengan enjin diesel 2.2L Turbo-charged.

Pengamal media yang menguji pandu Tata Aria mendapati kerita tersebut merupakan gabungan MPV dan SUV apa tah lagi ruangnya yang besar dan selesa, dilengkapi dengan enjin diesel 2.2L Turbocharged yang menghamburkan kuasa 140PS dan 320NM Tork.

Ia juga sarat dengan ciri-ciri keselamatan yang mantap dengan beg udara, ABS dan ESP.

Manakala memandu kereta sedan Tata Manza agak menyeronokkan kerana reka bentuknya yang moden, dilengkapi ciri-ciri teknologi terkini dan canggih serta selesa.