Panduan keselamatan berbasikal

Panduan keselamatan berbasikal

Oleh Dr Fahmi Ibrahim

 

SEMPENA acara Riadah Berbasikal Keputeraan 2016 yang akan diadakan pada Ahad ini (14 Ogos 2016), di sini disediakan beberapa tip keselamatan sekadar panduan untuk para peserta acara itu nanti.

Kecergasan

Berbasikal adalah cara terbaik untuk kekal cergas, bagaimanapun, pastikan anda mempunyai tahap kecergasan asas untuk membolehkan anda menamatkan dan seronok menunggang.

Sesuai sebagai aktiviti riadah berbasikal, kelajuan yang sesuai adalah pada kadar 15 ke 25km/j. Adalah perlu mengekalkan kelajuan ini pada jarak sekurang-kurangnya 8km.

Kelajuan dalam berkumpulan berubah setiap beberapa meter kerana bukit-bukit, lampu-lampu dan halangan-halangan lainnya, oleh itu penunggang patut dapat menyesuaikan kelajuan apabila diperlukan dan perlahankan kelajuan menaiki bukit. Kesinambungan adalah rahsia untuk meningkatkan dan mengekalkan kecergasan.

Sebelum menunggang

Penting memastikan basikal anda dalam keadaan baik. Sentiasa membawa pam, tiub ganti, tuil tayar dan dinasihatkan untuk membawa air dalam botol yang dilekatkan pada basikal.

The Cycling Expidition arriving to the Police Post in Muara-Tutong Highway

Selain itu, jangan lupa pakai halmet, sarung tangan dan pakaian berbasikal serta kasut yang sesuai.

Semasa menunggang

Menunggang secara berkumpulan boleh menjadi perkara yang menggentarkan buat kali pertama. Ia merupakan cara tunggangan terbaik jika anda memberi tumpuan, beri perhatian dan mengikut nasihat penunggang-penunggang lain.

Apabila keadaan membenarkan, anda boleh menunggang secara berpasangan dengan setiap penunggang bergilir-gilir berada di hadapan. Ini boleh dilakukan dalam masa antara 30 saat hingga 5 minit dan selamat dilakukan dengan penunggang depan bergerak ke depan sebelah kiri jarak basikal, bertukar ke barisan dalam sebaik tiada halangan daripada penunggang depan. Barisan luar kemudian disaring untuk menggantikan jurang.

Lebih baik menunggang betul-betul di belakang penunggang depan untuk mendapatkan perlindungan terbaik daripada angin, digelar ‘on the wheel.”

Adalah penting meninggalkan jarak sesuai yang anda rasa selesa dan ingat bahawa penunggang depan mungkin perlahankan tunggangan sehingga beberapa meter.

SENTIASA BERJAGA-JAGA MENGENAI SIAPA DAN APA YANG ADA DI SEKELILING ANDA

Lakukan

* Patuhi peraturan dan undang-undang.

* Tinggalkan jarak sesuai di antara anda dan yang lain sehingga anda berpengalaman.

* Beri tumpuan di jalan raya dan penunggang lain pada setiap masa.

* Maklumkan yang lain jika anda mempunyai sebarang masalah.

* Jerit jika terjumpa lubang dan halangan.

* Bawa barangan ganti, minuman dan makanan.

* Menunggang pada tempo yang tetap.

Jangan lakukan

* Jangan berhenti atau menekan brek secara mengejut jika anda dalam kumpulan.

* Jangan melampaui kecergasan dan keupayaan anda

* Jangan pusing ke belakang untuk bercakap atau melepaskan bar hendal.

* Jangan membelok secara tiba-tiba untuk mengelakkan halangan kecuali ketika kecemasan, kerana orang di belakang anda akan melanggarnya.

* Jangan memecut kerana ia akan menyebabkan kumpulan berpecah.

ARTIKEL YANG SAMA