Panggilan 911 rakam detik ibu bunuh anak

Panggilan 911 rakam detik ibu bunuh anak

FULSHEAR, Texas, 29 Jun (AP) – Pihak Berkuasa semalam mengeluarkan rakaman panggilan 911 yang menunjukkan kekecohan di rumah seorang ibu yang tinggal di kawasan Houston sebelum dia membunuh dua orang anak perempuannya.

Pejabat Fort Bend County Sheriff mengeluarkan dua rakaman panggilan 911 dari rumah Christy Sheats dan seorang dari rumah jiran. Sheats menembak dua anak perempuannya di hadapan pegawai yang membunuhnya.

Dalam panggilan pertama, seorang wanita kedengaran menangis, berkata ,”tolong! maafkan saya! tolong! jangan tembak!” Selepas menjerit, dia menangis, dan berkata, “tolong! saya minta maaf!” dan “tolong!”

Seorang perempuan lain pula kedengaran berkata, “saya berjanji kepada anda, apa sahaja yang anda mahu,” sebelum panggilan diputuskan.

Dalam panggilan kedua, seorang wanita kedengaran berkata, lemah, “Dia ditembak.”

Dalam panggilan ketiga, jiran menerangkan Madison Sheats berusia 17 tahun dan Taylor Sheats berusia 22 tahun, nampaknya masih hidup, berbaring di jalan di hadapan rumah mereka.

Jiran mereka menerangkan Christy Sheats melutut di hadapan anak perempuan sulungnya dan menembaknya. Madison Sheats meninggal dunia di hospital.

Seseorang pegawai telah membunuh Christy Sheats selepas dia enggan tunduk kepada desakan untuk meletakkan senjata beliau.

ARTIKEL YANG SAMA